Di Planet Saharu, kelihatan BoBoiBoy dan Gopal sedang menjalankan misi dekat kawasan bebatuan. Gopal menyuruh BoBoiBoy meletakkan telur itu segera kerana dia lapar. Raksasa Pengun sedang tidur dengan nyenyak, lalu BoBoiBoy berhati-hati mengangkat ekornya dan menggantikan Power Sphera EggaBot dengan sebiji telur biasa. Mereka memanjat ke atas untuk beredar, Gopal dengan cepat panjat sambil memegang telur kepunyaan Raksasa Pengun untuk dia jadikan sarapan. BoBoiBoy terkejut dan mendesaknya untuk meletakkan telur itu balik, akhirnya telur itu jatuh dan retak lalu menetaskan anak raksasa itu. Suara tangisannya membuatkan ibunya terjaga dan melihat perbuatan dua pahlawan itu.
BOBOIBOY WIKI
BoBoiBoy sedang diburu oleh seorang musuh purba bernama Retak'ka yang ingin merampas kekuatan BoBoiBoy untuk tujuan jahat.
Plot
Di Planet Saharu, kelihatan BoBoiBoy dan Gopal sedang menjalankan misi dekat kawasan bebatuan. Gopal menyuruh BoBoiBoy meletakkan telur itu segera kerana dia lapar. Raksasa Pengun sedang tidur dengan nyenyak, lalu BoBoiBoy berhati-hati mengangkat ekornya dan menggantikan Power Sphera EggaBot dengan sebiji telur biasa. Mereka memanjat ke atas untuk beredar, Gopal dengan cepat panjat sambil memegang telur kepunyaan Raksasa Pengun untuk dia jadikan sarapan. BoBoiBoy terkejut dan mendesaknya untuk meletakkan telur itu balik, akhirnya telur itu jatuh dan retak lalu menetaskan anak raksasa itu. Suara tangisannya membuatkan ibunya terjaga dan melihat perbuatan dua pahlawan itu. BoBoiBoy dan Gopal mulai berlari dengan Raksasa Pengun mengejar mereka. BoBoiBoy menyalahkan Gopal atas perbuatannya dan dia berkata bahawa itu perutnya, tetapi BoBoiBoy tidak peduli dengan alasannya. Ketika Raksasa Pengun melompat ke arah mereka, BoBoiBoy berubah menjadi BoBoiBoy Es, yang membuat Seluncur Ais untuk membantu mereka melarikan diri. Tetapi, mereka tidak sadar bahawa Adu Du dan Probe menonton mereka dari jauh dan juga merencanakan sesuatu.
Setelah bersembunyi dalam gua gunung, mereka sadar bahawa Anak Pengun mengikuti mereka. Bayi itu menyerang Gopal, membuatnya berlari keluar dari gua yang mana BoBoiBoy memberitahunya untuk tidak keluar. Gopal telah tertangkap oleh Raksasa Pengun. Dia memanggil BoBoiBoy untuk bantuan, tetapi BoBoiBoy merasakan bahawa Adu Du dan Probe cuba untuk mencuri EggaBot. BoBoiBoy lalu hubungi teman-temannya untuk menolong Gopal dan dia bertukar menjadi BoBoiBoy Halilintar untuk mengejar Adu Du dan Probe. Apabila mengejar mereka, Adu Du dan Probe hampir sampai ke Kapal Sampah A80 sehingga mereka tertangkap oleh Papa Zola dan Ochobot dalam MYS Kebenaran sebelum mereka dikalahkan oleh Rimba Bayang Fang dan akhirnya Halilintar, sementara itu Yaya selamatkan Gopal dari Raksasa Pengun. Adu Du dan Probe secara tidak sengaja mendarat di Anak Pengun, yang membuatkan raksasa marah lagi. Apabila mereka bersedia untuk bertolak balik, BoBoiBoy melihat mereka dipukul oleh Raksasa Pengun, dia membiarkan Gopal dan Fang pergi ke kapal angkasa dan berpecah tiga untuk menyelamatkan Adu Du dan Probe, Fang cuba untuk menghentikannya tetapi dia tidak mengendahkannya.
Sementara itu di Galaksi Solaria dari Sektor Z55-2P, sebuah kumpulan Penggali Kristal yang haram menggali kristal pada sebuah asteroid dimana mereka menemukan ada seseorang dibekukan dalam kristal. Babak kemudian berpindah ke 100 tahun sebelumnya ketika Retak'ka Voltra dan Hang Kasa bertempur di angkasa. Kedua-dua mereka menggunakan serangan yang berkuasa untuk saling melawan. Ketika bertempur, Hang Kasa melindungi dirinya dengan perisai dari serangan Retak'ka sebelum melihat sebuah asteroid. Hang Kasa mendorong Retak'ka sebelum melempar perisainya untuk mengalihkan perhatiannya. Namun, Hang Kasa menyerang Retak'ka dengan Serombongan Kristal-nya dan menikungnya di asteroid, dan membekunya dalam kristal dan mengeluarkan Ochobot. Ochobot menyedut kekuatan elemental dari Retak'ka sebelum dia berubah menjadi Gamma dan menembak Hang Kasa dengan Tembakan Gamma, menyebabkan ledakan besar terjadi di angkasa. Retak'ka dibekukan dalam kristal sementara Hang Kasa terapung di angkasa tidak sadar dengan Ochobot.
Dalam MYS Kebenaran, Geng BoBoiBoy berhasil menyelamatkan Power Sphera dengan selamat. Ketika melaporkan kepada Koko Ci mengenai kejayaan misi mereka, Fang menyatakan bahawa BoBoiBoy menyelamatkan Adu Du dan Probe dan telah membahayakan misi sebelum menunjukkan gambar-gambar kepadanya, yang mana Komander menegur BoBoiBoy atas kelakuannya dan berkata bahawa dia tidak boleh berbuat seperti itu. Ia didedahkan bahawa Tarung juga mendengarkan pembicaraan. Dia memarahi BoBoiBoy atas kelakuannya hingga BoBoiBoy menyebut bahawa EggaBot sudah selamat. Laksamana Tarung kemudian memuji pasukan BoBoiBoy atas keberhasilan mereka. Disebabkan pencapaian BoBoiBoy, Tarung mengumumkan bahawa cuti untuk balik ke Bumi telah diluluskan, membuatkan mereka teruja. Gopal senang bahawa dia tidak ingin melihat muka Tarung lagi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar